Monday, April 27, 2020

Hidup

Sudah lama kan miera tak blogging..
Kali ni pun, Miera tak blogging lama..
Hadirnya Miera di sini, hanya utk luahkan perasaan Miera..
Ok, mungkin ramai yang tak tahu..tapi Miera sebenarnya sakit..
Miera di serang buat kali pertama sebulan sebelum exam SPM..
Doktor pakar mengesahkan Miera ada penyakit kronik/kritikal yang dikenali sebagai Snowflake/ Multiple Sclerosis..
Ia menyebabkan Miera lemah pada badan bahagian kiri..
Miera diberi rehat oleh Doktor selama sebulan..
Sebulan tu jugalah Miera belajar sendiri dan Alhamdulillah..Miera dapat keputusan yang bagus dan ini menyebabkan Miera sambung belajar..STPM..dan Alhamdulillah..Miera dapat keputusan yang cemerlang..Namun selepas sekian lama penyakit Miera tak serang Miera..Miera di serang buat kali kedua..Miera tidak dapat berjalan..Allah s.w.t je tahu perasaan Miera..Miera tersangat bersyukur dekat Allah s.w.t kerana mengurniakan umi dan papa yang sayang sangat kat Miera..
Merekalah yang menjaga Miera..terlalu banyak pengorbanan mereka untuk Miera..
Hanya Allah s.w.t yang boleh membalas jasa kedua orang tua Miera..
Tipulah kalau Miera cakap Miera tak sedih dengan segala ujian yang mendatang..
Tetapi Miera cuba untuk kuatkan diri dengan izin Allah s.w.t...
2018..tahun Miera mula2 masuk ke universiti..Alhamdulillah kerana Allah s.w.t takdirkan Miera belajar berdekatan rumah Miera..Perkenalan demi perkenalan hadir dalam hidup Miera..Miera ditemukan dengan  sahabat yang Miera boleh percayai dan kongsi masalah Miera..
Tapi tak semua masalah Miera ceritakan dekat sahabat Miera..
Surah Yusuf ayat 86... :)
Pelbagai ujian datang dalam hidup Miera..satu demi satu..
Dan ya...Tahun ni (2020)..Miera diserang buat kali ketiga..Miera hanya sempat belajar selama dua minggu di universiti..Kemudian, Miera dimasukkan ke dalam Hospital Tanah Merah..disitu doktor mengesahkan Miera diserang buat kali ketiga..Doktor juga ada cakap yang penyakit Miera ni boleh serang Miera..bila-bila ..MS adalah sangat rare untuk kena dekat rakyat Malaysia..i can say that i am one in a million..one in a thousand and..heart to protect...movie "Five Feet Apart" inspired me...i learn to accept myself more..Alhamdulillah.